Majlis kemudian diteruskan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan diakhiri dengan soalan-soalan kuiz berdasarkan ceramah yang disampaikan yang secara tidak langsung memberi pelajar-pelajar motivasi dan keyakinan diri .
Tuesday, March 13, 2012
SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2012
Majlis kemudian diteruskan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan diakhiri dengan soalan-soalan kuiz berdasarkan ceramah yang disampaikan yang secara tidak langsung memberi pelajar-pelajar motivasi dan keyakinan diri .
Saturday, July 10, 2010
Bacaan Yaasin dan Sambutan Isra’ Mikraj.
Pada 9 Julai yang lalu, telah diadakan majlis bacaan Yaasin dan sambutan Isra’ dan Mikraj di Dataran Ilmu. Bacaan Yaasin telah dipimpin oleh Ustaz Mohd. Huroiroh selaku Ketua Bidang Kemanusiaan. Selesai sahaja bacaan Yaasin, majlis diteruskan dengan mendengar ceramah sempena sambutan Isra’ dan Mikraj oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Ashari Bin Shariff. Pelbagai input yang disampaikan agar dijadikan pedoman serta peringatan kepada muslimin dan muslimat. Majlis diakhiri dengan soalan kuiz berdasarkan ceramah yang disampaikan.
Friday, July 2, 2010
Kem Nadwah Kecemerlangan Pelajar Islam (NKPI) 2010.
Panitia Agama Islam SMKAP telah menghantar 2 orang pelajar islam tingkatan 4 untuk mengikuti Kem Nadwah Kecemerlangan Pelajar Islam Peringkat Negeri Selangor pada 28 – 30 Jun 2010 di Institut Latihan Dakwah Agama Selangor (ILDAS), Sabak Bernam. Kem ini bertujuan untuk melahirkan seorang pelajar islam yang akan memimpin berlandaskan syariat islam dan patuh pada perintah Allah. Selain itu, diajarkan juga cara – cara untuk berkomunikasi dan pengucapan awam. Disamping itu, seorang pelajar dari SMKAP yang mengikuti kem ini telah berjaya dipilih untuk mewakili Negeri Selangor ke Kem NKPI Peringkat Kebangsaan bersama – sama 20 peserta yang lain.
Sunday, April 4, 2010
Sambutan Maulidur Rasul 2010
Tuesday, January 26, 2010
Solat Sunat Gerhana Matahari
Monday, November 30, 2009
Tahniah
Sijil Penghargaan - pada tahun 2009
Dari kiri Ustaz Huroiroh, Ustazah Enezah dan Ustazah Misyati
Alhamdulillah...berita gembira buat semua warga SMKAP, bahawasanya Panitia Agama Islam SMK Ampang Pecah (Bestari) telah menerima anugerah dalam Anugerah Kualiti Pendidikan Islam Negeri Selangor 2009 dalam kategori Anugerah Pengurusan Panitia Sekolah Menengah. Majlis penyampaian anugerah telah berlangsung pada hari Selasa, 17 November 2009 bersamaan 29 Zulkaedah 1430 H dan bertempat di Dewan Utama Jabatan Pelajaran Selangor. Penilaian telah diambil kira dari pelbagai aspek yang menjadi faktor kejayaan antaranya:
- Penggunaan ICT sewaktu P&P - Suasana P&P yang kondusif, dimana surau dilengkapi dengan peralatan ICT seperti LCD, I-KIT, laptop dan skrin. Selain itu, kekerapan penggunaan ICT oleh guru serta pelajar diberi peluang menggunakan teknologi ICT dalam melakukan tugasan dan menghasilkan bahan bantu belajar. Panitia Agama Islam juga mempunyai laman blog sendiri yang sentiasa mempamerkan pelbagai aktiviti yang dijalankan disekolah anjuran Panitia Agama Islam sendiri. Alamat blog http://smkap-panitiapai.blogspot.com/
- Perancangan jangka panjang/pendek yang baik dan lengkap serta dilaksanakan.
- Sistem pengurusan fail yang sistematik menjadikan pengurusan panitia berada dalam keadaan yang lancar.
Kesimpulannya, anugerah yang telah diperolehi menjadikan Panitia Agama Islam berada setapak maju kehadapan dengan azam untuk menjadi yang lebih baik pada tahun - tahun yang akan datang. Diucapkan syabas kepada semua Jawatankuasa Panitia Agama Islam SMKAP yang bertungkus - lumus berusaha sehingga membuahkan hasil kejayaan dengan dianugerahkan anugerah yang cukup membanggakan ini.
Assalamualaikum , Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Panitia Agama Islam SMK Ampang Pecah (Bestari) kerana telah menerima anugerah yang cukup membanggakan ini pada tahun 2012 ! sekali lagi diucapkan TAHNIAH ^^