Friday, June 1, 2012

TAHSIN IBADAH

Pada bulan Mac yang lalu, telah diadakan program tahsin ibadah yang diadakan di Surau Nur Islam SMK Ampang Pecah(B) . Program ini dikhaskan kepada semua pelajar tingkatan 2 dan telah dikendalikan oleh pelatih-pelatih UPSI . Program diisi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti amali solat , slot amali jenazah , insaf diri,slot pembelajaran bersama faci dan banyak lagi . Pelbagai input yang disampaikan agar dijadikan pedoman serta peringatan kepada pelajar-pelajar muslim baik lelaki mahupun perempuan . Program diakhiri dengan soalan-soalan berdasarkan ilmu-ilmu yang disampaikan.
-Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru-guru dari UPSI yang terlibat :













Slot Amali Jenazah



Insaf Diri


















Slot Pembelajaran Bersama Faci Dan Ahli Kumpulan



















Slot Akhir - Soalan / Kuiz



Tuesday, March 13, 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2012

Alhamdulillah , selesai sudah sambutan MaulidurRasul yang diadakan di Dataran Ilmu Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah (Bestari) , pada 25 FEB 2012 . Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Kamarulzaman . Banyak ilmu yang dikongsikan kepada pelajar-pelajar serta guru-guru seterusnya menekankan mengenai sunnah Nabi Muhammad , keperibadiannya yang mulia dan jalan kehidupannya di muka bumi ALLAH ini .
Majlis kemudian diteruskan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan diakhiri dengan soalan-soalan kuiz berdasarkan ceramah yang disampaikan yang secara tidak langsung memberi pelajar-pelajar motivasi dan keyakinan diri .


gambar akan disusuli kemudian ^^

Saturday, July 10, 2010

Bacaan Yaasin dan Sambutan Isra’ Mikraj.

Pada 9 Julai yang lalu, telah diadakan majlis bacaan Yaasin dan sambutan Isra’ dan Mikraj di Dataran Ilmu. Bacaan Yaasin telah dipimpin oleh Ustaz Mohd. Huroiroh selaku Ketua Bidang Kemanusiaan. Selesai sahaja bacaan Yaasin, majlis diteruskan dengan mendengar ceramah sempena sambutan Isra’ dan Mikraj oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Ashari Bin Shariff. Pelbagai input yang disampaikan agar dijadikan pedoman serta peringatan kepada muslimin dan muslimat. Majlis diakhiri dengan soalan kuiz berdasarkan ceramah yang disampaikan.

Friday, July 2, 2010

Kem Nadwah Kecemerlangan Pelajar Islam (NKPI) 2010.

Panitia Agama Islam SMKAP telah menghantar 2 orang pelajar islam tingkatan 4 untuk mengikuti Kem Nadwah Kecemerlangan Pelajar Islam Peringkat Negeri Selangor pada 28 – 30 Jun 2010 di Institut Latihan Dakwah Agama Selangor (ILDAS), Sabak Bernam. Kem ini bertujuan untuk melahirkan seorang pelajar islam yang akan memimpin berlandaskan syariat islam dan patuh pada perintah Allah. Selain itu, diajarkan juga cara – cara untuk berkomunikasi dan pengucapan awam. Disamping itu, seorang pelajar dari SMKAP yang mengikuti kem ini telah berjaya dipilih untuk mewakili Negeri Selangor ke Kem NKPI Peringkat Kebangsaan bersama – sama 20 peserta yang lain.

Sunday, April 4, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010





Pada hari Jumaat,26.02.2010 telah diadakan majlis sambutan sempena Maulidur Rasul. Majlis dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW beramai- ramai yang diketuai oleh En. Sobri. Kemudian, diteruskan dengan bacaan ayat - ayat Al-Quran oleh 2 orang pelajar lelaki. Majlis pada hari itu, dimeriahkan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd Noor b. Wan Mohd Ismail dari Darul Quran. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada Ustaz Wan Mohd Noor oleh Tn. Hj. Mohd Mokhtar.

Tuesday, January 26, 2010

Solat Sunat Gerhana Matahari






Pada hari Jumaat,15 Januari 2010 telah diadakan solat sunat gerhana matahari di Surau Nur Islam. Sebelum menunaikan solat sunat, Ustaz Huroiroh telah memberikan penerangan tentang cara - cara menunaikan solat sunat gerhana matahari. Setelah itu, pelajar - pelajar dan guru yang hadir telah bersama - sama menunaikan solat sunat secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Huroiroh. Selepas selesai menunaikan solat sunat, Ustaz Huroiroh membacakan khutbah. Majlis ini berakhir dengan jamuan minum petang di kantin.

Monday, November 30, 2009

Tahniah


Sijil Penghargaan - pada tahun 2009


Dari kiri Ustaz Huroiroh, Ustazah Enezah dan Ustazah Misyati


Surau Nur Islam SMK Ampang Pecah

Alhamdulillah...berita gembira buat semua warga SMKAP, bahawasanya Panitia Agama Islam SMK Ampang Pecah (Bestari) telah menerima anugerah dalam Anugerah Kualiti Pendidikan Islam Negeri Selangor 2009 dalam kategori Anugerah Pengurusan Panitia Sekolah Menengah. Majlis penyampaian anugerah telah berlangsung pada hari Selasa, 17 November 2009 bersamaan 29 Zulkaedah 1430 H dan bertempat di Dewan Utama Jabatan Pelajaran Selangor. Penilaian telah diambil kira dari pelbagai aspek yang menjadi faktor kejayaan antaranya:
  • Penggunaan ICT sewaktu P&P - Suasana P&P yang kondusif, dimana surau dilengkapi dengan peralatan ICT seperti LCD, I-KIT, laptop dan skrin. Selain itu, kekerapan penggunaan ICT oleh guru serta pelajar diberi peluang menggunakan teknologi ICT dalam melakukan tugasan dan menghasilkan bahan bantu belajar. Panitia Agama Islam juga mempunyai laman blog sendiri yang sentiasa mempamerkan pelbagai aktiviti yang dijalankan disekolah anjuran Panitia Agama Islam sendiri. Alamat blog http://smkap-panitiapai.blogspot.com/
  • Perancangan jangka panjang/pendek yang baik dan lengkap serta dilaksanakan.
  • Sistem pengurusan fail yang sistematik menjadikan pengurusan panitia berada dalam keadaan yang lancar.

Kesimpulannya, anugerah yang telah diperolehi menjadikan Panitia Agama Islam berada setapak maju kehadapan dengan azam untuk menjadi yang lebih baik pada tahun - tahun yang akan datang. Diucapkan syabas kepada semua Jawatankuasa Panitia Agama Islam SMKAP yang bertungkus - lumus berusaha sehingga membuahkan hasil kejayaan dengan dianugerahkan anugerah yang cukup membanggakan ini.

Assalamualaikum , Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Panitia Agama Islam SMK Ampang Pecah (Bestari) kerana telah menerima anugerah yang cukup membanggakan ini pada tahun 2012 ! sekali lagi diucapkan TAHNIAH ^^