Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak

Dikesempatan ini,mewakili ahli jawatankuasa panitia agama islam SMKAP ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua warga sekolah SMKAP yang beragama islam dan seluruh muslimin dan muslimat. Diharap dengan kehadiran bulan ramadhan yang mulia ini, kita akan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat terawih, membaca Al- Quran, dan memperbanyakkan sedekah dalam mencari keredhaan-Nya. Sesungguhnya, jadikanlah bulan ramadhan ini sebagai ramadhan yang terbaik buat diri kita kerana mungkin kita tidak akan berpeluang merasai nikmat bulan ramadhan yang akan datang...
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yang memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kami berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka jahannam, diikat syaitan-syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang memuliakan, maka ia mendapat kemuliaan daripada Allah”.

Pertandingan Azan













Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 15 Ogos 2009 telah berlangsungnya pertandingan azan. Pertandingan ini telah diadakan di dataran ilmu bersempena dengan aktiviti pada bulan kemerdekaan anjuran panitia agama islam. Seramai 8 orang peserta telah diuji kemampuannya dari pelbagai aspek seperti sebutan dan kemerduan. Akhir sekali, diucapkan tahniah kepada para pemenang dan kepada yang tidak berjaya diharap mencuba lagi pada pertandingan yang akan datang.

Pertandingan Nasyid



Pada hari Jumaat bersamaan 7 Ogos 2009, telah berlangsungnya pertandingan nasyid yang bertempat di Darul Quran,Kuala Kubu Bharu. Pertandingan ini di anjurkan bersempena dengan Majlis Konvokesyen Darul Quran. Panitia agama islam telah menghantar Kumpulan Iman sebagai wakil sekolah. Walaupun pulang tanpa kemenangan,tetapi dengan pengalaman yang ditimba dijadikan sebagai satu semangat supaya lebih berusaha untuk menang dalam pertandingan - pertandingan akan datang.

Saturday, August 8, 2009

Aktiviti Pengurusan Jenazah













Hari : Jumaat
Tarikh : 31 Julai 2009
Tempat : Surau SMKAP
Tingkatan : 3 Gemilang

Aktiviti

Sebanyak 5 kumpulan dibahagikan untuk melakukan aktiviti pengurusan jenazah bermula dari mengkafankan jenazah hingga menyembahyangkan jenazah. Para pelajar berjaya melakukan aktiviti ini dan diharap dapat diadaptasikan dalam diri dan berkongsi ilmu ini bersama - sama rakan dan ahli keluarga.

Objektif
  • Melahirkan individu yang mahir dalam menguruskan jenazah sebagai salah satu fardhu kifayah.
  • Dapat membentuk sahsiah diri,kepimpinan dan sifat berdisiplin.

  • Menimbulkan rasa keinsafan pada diri sendiri.