Saturday, July 10, 2010

Bacaan Yaasin dan Sambutan Isra’ Mikraj.

Pada 9 Julai yang lalu, telah diadakan majlis bacaan Yaasin dan sambutan Isra’ dan Mikraj di Dataran Ilmu. Bacaan Yaasin telah dipimpin oleh Ustaz Mohd. Huroiroh selaku Ketua Bidang Kemanusiaan. Selesai sahaja bacaan Yaasin, majlis diteruskan dengan mendengar ceramah sempena sambutan Isra’ dan Mikraj oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Ashari Bin Shariff. Pelbagai input yang disampaikan agar dijadikan pedoman serta peringatan kepada muslimin dan muslimat. Majlis diakhiri dengan soalan kuiz berdasarkan ceramah yang disampaikan.

Friday, July 2, 2010

Kem Nadwah Kecemerlangan Pelajar Islam (NKPI) 2010.

Panitia Agama Islam SMKAP telah menghantar 2 orang pelajar islam tingkatan 4 untuk mengikuti Kem Nadwah Kecemerlangan Pelajar Islam Peringkat Negeri Selangor pada 28 – 30 Jun 2010 di Institut Latihan Dakwah Agama Selangor (ILDAS), Sabak Bernam. Kem ini bertujuan untuk melahirkan seorang pelajar islam yang akan memimpin berlandaskan syariat islam dan patuh pada perintah Allah. Selain itu, diajarkan juga cara – cara untuk berkomunikasi dan pengucapan awam. Disamping itu, seorang pelajar dari SMKAP yang mengikuti kem ini telah berjaya dipilih untuk mewakili Negeri Selangor ke Kem NKPI Peringkat Kebangsaan bersama – sama 20 peserta yang lain.