Sunday, April 4, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010





Pada hari Jumaat,26.02.2010 telah diadakan majlis sambutan sempena Maulidur Rasul. Majlis dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW beramai- ramai yang diketuai oleh En. Sobri. Kemudian, diteruskan dengan bacaan ayat - ayat Al-Quran oleh 2 orang pelajar lelaki. Majlis pada hari itu, dimeriahkan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd Noor b. Wan Mohd Ismail dari Darul Quran. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada Ustaz Wan Mohd Noor oleh Tn. Hj. Mohd Mokhtar.

Tuesday, January 26, 2010

Solat Sunat Gerhana Matahari






Pada hari Jumaat,15 Januari 2010 telah diadakan solat sunat gerhana matahari di Surau Nur Islam. Sebelum menunaikan solat sunat, Ustaz Huroiroh telah memberikan penerangan tentang cara - cara menunaikan solat sunat gerhana matahari. Setelah itu, pelajar - pelajar dan guru yang hadir telah bersama - sama menunaikan solat sunat secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Huroiroh. Selepas selesai menunaikan solat sunat, Ustaz Huroiroh membacakan khutbah. Majlis ini berakhir dengan jamuan minum petang di kantin.

Monday, November 30, 2009

Tahniah


Sijil Penghargaan - pada tahun 2009


Dari kiri Ustaz Huroiroh, Ustazah Enezah dan Ustazah Misyati


Surau Nur Islam SMK Ampang Pecah

Alhamdulillah...berita gembira buat semua warga SMKAP, bahawasanya Panitia Agama Islam SMK Ampang Pecah (Bestari) telah menerima anugerah dalam Anugerah Kualiti Pendidikan Islam Negeri Selangor 2009 dalam kategori Anugerah Pengurusan Panitia Sekolah Menengah. Majlis penyampaian anugerah telah berlangsung pada hari Selasa, 17 November 2009 bersamaan 29 Zulkaedah 1430 H dan bertempat di Dewan Utama Jabatan Pelajaran Selangor. Penilaian telah diambil kira dari pelbagai aspek yang menjadi faktor kejayaan antaranya:
  • Penggunaan ICT sewaktu P&P - Suasana P&P yang kondusif, dimana surau dilengkapi dengan peralatan ICT seperti LCD, I-KIT, laptop dan skrin. Selain itu, kekerapan penggunaan ICT oleh guru serta pelajar diberi peluang menggunakan teknologi ICT dalam melakukan tugasan dan menghasilkan bahan bantu belajar. Panitia Agama Islam juga mempunyai laman blog sendiri yang sentiasa mempamerkan pelbagai aktiviti yang dijalankan disekolah anjuran Panitia Agama Islam sendiri. Alamat blog http://smkap-panitiapai.blogspot.com/
  • Perancangan jangka panjang/pendek yang baik dan lengkap serta dilaksanakan.
  • Sistem pengurusan fail yang sistematik menjadikan pengurusan panitia berada dalam keadaan yang lancar.

Kesimpulannya, anugerah yang telah diperolehi menjadikan Panitia Agama Islam berada setapak maju kehadapan dengan azam untuk menjadi yang lebih baik pada tahun - tahun yang akan datang. Diucapkan syabas kepada semua Jawatankuasa Panitia Agama Islam SMKAP yang bertungkus - lumus berusaha sehingga membuahkan hasil kejayaan dengan dianugerahkan anugerah yang cukup membanggakan ini.

Assalamualaikum , Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Panitia Agama Islam SMK Ampang Pecah (Bestari) kerana telah menerima anugerah yang cukup membanggakan ini pada tahun 2012 ! sekali lagi diucapkan TAHNIAH ^^


Friday, November 6, 2009

KEM SMART SOLAT RAKAN MUDA SEKOLAH SPM 2009














Hari : Sabtu dan Ahad
Tarikh : 31.10.2009 - 1.11.2009
Tempat : Masjid Ar- Rahimah,Kuala Kubu Bharu


Saturday, October 24, 2009

Program Motivasi 'Anda Bijak Jauhi Zina'










Tarikh : 1 Oktober 2009
Hari : Khamis
Masa : 12.00 pm - 1.10 pm
Tempat : Dewan Perdana SMKAP
Penceramah : Puan Rosmawati dari Raudhatus Sakinah

'Anda Bijak Jauhi Zina' merupakan tajuk ceramah yang telah disampaikan oleh Puan Rosmawati dari Raudhatus Sakinah ataupun beliau lebih gemar dipanggil dirinya ummi. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada pelajar - pelajar perempuan betapa pentingnya menjaga maruah diri, keluarga dan agama. Terdapat pelbagai input yang telah diberi dan boleh dimanfaatkan oleh para pelajar untuk menjaga diri lebih - lebih lagi semasa bergelar remaja. Hal ini kerana pelbagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku dikalangan remaja tetapi kini makin berleluasa dan merisaukan pelbagai pihak. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program ini. Diharap, selepas mendengar ceramah yang telah disampaikan dengan bahan - bahan paparan yang begitu menarik dan tidak langsung dapat menyedarkan diri sendiri. Kesimpulannya, menjaga kehormatan diri sendiri amatlah penting buat seseorang pelajar yang bergelar 'seorang gadis' demi masa hadapannya yang cerah.
Disertakan sekali link blog ummi:










Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Pelajar PMR dan SPM











Tarikh : 1 Oktober 2009
Hari : Khamis
Masa : 6.30 petang - 9.00 malam
Tempat : Masjid Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu

Majlis ini diadakan khas buat pelajar - pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Majlis ini telah diadakan di Masjid Al- Rahimah, Kuala Kubu Bharu yang juga disertai oleh 2 buah sekolah yang berdekatan iaitu SMK Kuala Kubu Bharu dan SMK Dato' Haji Kamaruddin. Ramai ibu bapa dan guru yang hadir untuk bersama - sama membaca yaasin dan melakukan solat hajat. Acara dimulakan dengan pendaftaran para pelajar. Seterusnya, menunaikan solat maghrib secara berjemaah, kemudian diteruskan dengan bacaan yaasin dan diakhiri dengan solat isyak dan solat hajat. Semoga dengan usaha yang telah dilakukan ini, pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM akan mendapat kemudahan dari Allah untuk menjawab soalan dengan tenang serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Friday, September 11, 2009

Aktiviti di Bulan Ramadhan




Sepanjang bulan ramadhan ini, panitia pendidikan agama islam telah menganjurkan beberapa aktiviti untuk mengisi kelapangan waktu murid di bulan ramadhan. Antaranya seperti :


  • Tadarus Al-Quran
  • Tazkirah Ramadhan