Saturday, July 10, 2010

Bacaan Yaasin dan Sambutan Isra’ Mikraj.

Pada 9 Julai yang lalu, telah diadakan majlis bacaan Yaasin dan sambutan Isra’ dan Mikraj di Dataran Ilmu. Bacaan Yaasin telah dipimpin oleh Ustaz Mohd. Huroiroh selaku Ketua Bidang Kemanusiaan. Selesai sahaja bacaan Yaasin, majlis diteruskan dengan mendengar ceramah sempena sambutan Isra’ dan Mikraj oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Ashari Bin Shariff. Pelbagai input yang disampaikan agar dijadikan pedoman serta peringatan kepada muslimin dan muslimat. Majlis diakhiri dengan soalan kuiz berdasarkan ceramah yang disampaikan.

Friday, July 2, 2010

Kem Nadwah Kecemerlangan Pelajar Islam (NKPI) 2010.

Panitia Agama Islam SMKAP telah menghantar 2 orang pelajar islam tingkatan 4 untuk mengikuti Kem Nadwah Kecemerlangan Pelajar Islam Peringkat Negeri Selangor pada 28 – 30 Jun 2010 di Institut Latihan Dakwah Agama Selangor (ILDAS), Sabak Bernam. Kem ini bertujuan untuk melahirkan seorang pelajar islam yang akan memimpin berlandaskan syariat islam dan patuh pada perintah Allah. Selain itu, diajarkan juga cara – cara untuk berkomunikasi dan pengucapan awam. Disamping itu, seorang pelajar dari SMKAP yang mengikuti kem ini telah berjaya dipilih untuk mewakili Negeri Selangor ke Kem NKPI Peringkat Kebangsaan bersama – sama 20 peserta yang lain.

Sunday, April 4, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010





Pada hari Jumaat,26.02.2010 telah diadakan majlis sambutan sempena Maulidur Rasul. Majlis dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW beramai- ramai yang diketuai oleh En. Sobri. Kemudian, diteruskan dengan bacaan ayat - ayat Al-Quran oleh 2 orang pelajar lelaki. Majlis pada hari itu, dimeriahkan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd Noor b. Wan Mohd Ismail dari Darul Quran. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada Ustaz Wan Mohd Noor oleh Tn. Hj. Mohd Mokhtar.

Tuesday, January 26, 2010

Solat Sunat Gerhana Matahari






Pada hari Jumaat,15 Januari 2010 telah diadakan solat sunat gerhana matahari di Surau Nur Islam. Sebelum menunaikan solat sunat, Ustaz Huroiroh telah memberikan penerangan tentang cara - cara menunaikan solat sunat gerhana matahari. Setelah itu, pelajar - pelajar dan guru yang hadir telah bersama - sama menunaikan solat sunat secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Huroiroh. Selepas selesai menunaikan solat sunat, Ustaz Huroiroh membacakan khutbah. Majlis ini berakhir dengan jamuan minum petang di kantin.