Saturday, October 24, 2009

Program Motivasi 'Anda Bijak Jauhi Zina'










Tarikh : 1 Oktober 2009
Hari : Khamis
Masa : 12.00 pm - 1.10 pm
Tempat : Dewan Perdana SMKAP
Penceramah : Puan Rosmawati dari Raudhatus Sakinah

'Anda Bijak Jauhi Zina' merupakan tajuk ceramah yang telah disampaikan oleh Puan Rosmawati dari Raudhatus Sakinah ataupun beliau lebih gemar dipanggil dirinya ummi. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada pelajar - pelajar perempuan betapa pentingnya menjaga maruah diri, keluarga dan agama. Terdapat pelbagai input yang telah diberi dan boleh dimanfaatkan oleh para pelajar untuk menjaga diri lebih - lebih lagi semasa bergelar remaja. Hal ini kerana pelbagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku dikalangan remaja tetapi kini makin berleluasa dan merisaukan pelbagai pihak. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program ini. Diharap, selepas mendengar ceramah yang telah disampaikan dengan bahan - bahan paparan yang begitu menarik dan tidak langsung dapat menyedarkan diri sendiri. Kesimpulannya, menjaga kehormatan diri sendiri amatlah penting buat seseorang pelajar yang bergelar 'seorang gadis' demi masa hadapannya yang cerah.
Disertakan sekali link blog ummi:










Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Pelajar PMR dan SPM











Tarikh : 1 Oktober 2009
Hari : Khamis
Masa : 6.30 petang - 9.00 malam
Tempat : Masjid Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu

Majlis ini diadakan khas buat pelajar - pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Majlis ini telah diadakan di Masjid Al- Rahimah, Kuala Kubu Bharu yang juga disertai oleh 2 buah sekolah yang berdekatan iaitu SMK Kuala Kubu Bharu dan SMK Dato' Haji Kamaruddin. Ramai ibu bapa dan guru yang hadir untuk bersama - sama membaca yaasin dan melakukan solat hajat. Acara dimulakan dengan pendaftaran para pelajar. Seterusnya, menunaikan solat maghrib secara berjemaah, kemudian diteruskan dengan bacaan yaasin dan diakhiri dengan solat isyak dan solat hajat. Semoga dengan usaha yang telah dilakukan ini, pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM akan mendapat kemudahan dari Allah untuk menjawab soalan dengan tenang serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.